Sekolah ini mempunyai dua buah banggunan pada permulaannya,iaitu blok A dan Blok B atau blok Gymnasium yang ditukar kepada perpustakaan sekarang. Senibina kedua-dua banggunan ini bersenibinakan era Kolonial yang hampir serupa senibinanya dengan banggunan Stesyen Keratapi Malaya dan banggunan Sultan Abdul Hamid yang kedua-duanya bersenibinakan gaya Moorish.

Pada mulanya Sekolah Maxwell mempunyai banggunan dua tingkat biasa yang selepas itu diubahsuai kepada bangunan konkrit dengan koridor berkubah-kubah yang pada masa itu amat lazim dibina pada sekolah kolonial.

Terdapat Veranda pada kedua-dua sisi banggunan(Blok A), bersiling tinggi dan mempunyai tangga besar dan lebar yang juga bersenibinakan kolonial. Sekolah Maxwell merupakan diantara sejumlah sekolah yang tidak pernah berpindah kedudukannya dan masih berdiri teguh di tapak asal sejak azalinya lagi.

Walaupun Kementerian Pendidikan telahpun membina beberapa buah banggunan moden seperti kebanyakan sekolah sekarang, Bentuk huruf "H" yang dapat dilihat dari pandangan udara merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan sekolah dan juga satu feature menarik bagi bandar Kuala Lumpur dan sekaligus mengekalkan kemegahan nama Maxwell untuk bangsa dan negara.
No posts.
No posts.